Saturday 26 November 2011

Study Or Work?


Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua yang membaca blog ini. Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan kita perlu Belajar @ Kerja. Tujuan post ini cuma zul ingin sharekan pendapat zul dan juga ingin tahu pendapat kawan-kawan yang lain. Post ini jugak mungkin agak panjang ataupun amat memboringkan sedikit. Tapi inshallah isinya mungkin akan menolong antara kita. Inshallah.

Lepas SPM
Lepas SPM, merupakan konflik yang agak berat kepada semua orang, sebabnya keliru/celaru untuk pilih samada untuk kerja, belajar ataupun duduk saja menghabiskan beras dirumah. Hehe! Ya, Memang tidak dapat dinafikan bagi sesetengah orang memang ingin kerja dari belajar, sebab masa inilah ada hasutan dari kawan-kawan dan juga kurangnya minta pandangan dari ibubapa atau dengar cakap mereka.
Tapi bagi sesiapa yang baru atau akan melalui SPM, fikirlah masak-masak, sebabnya iannya memainkan peranan yang begitu penting dalam hidup kita pada masa hadapan. Sepertimana ramai orang berkata "Belajarlah Sehingga Ke Negeri China", jadi kita haruslah belajar dan juga mendalami ilmu untuk masa hadapan kita. Bukannya tidak boleh bekerja, tapi lebih afdal belajar dahulu untuk timba ilmu. Itu yang penting. Jikalau ingin juga kerja, kerjalah sambil tunggu untuk sambung belajar, sesungguhnya iannya amat berbaloi. Inshallah.

Sambung Belajar
Tahniah Kerana Sudah Sampai Ketahap Ini. Tidak kiralah dalam jurusan atau tahap apapun. Bak kata pepatah "Biar Lambat Asal Selamat" atau "Sedikit-Sedikit Lama-Lama Jadi Bukit". Jika anda ditahap Diploma atau STPM, teruskan belajar hingga ketahap tertinggi lagi. Jikalau dalam diri ada niat untuk kerja, boleh memang boleh, TEPAPI! haru ingat. Janganlah sampai berhenti kerja. Sebab iannya merugikan masa jikalau kita sudah belajar. Ok, back to topic. Kalau ingin kerja, jadikan masa terluang itu dengan isian kerja part-time atau kerja sendiri. Kalau kerja sendiri contonhya macam jual burger, jual ayam goreng, jual air ataupun lain-lain. Kalau kerja part-time kalau boleh elakkan kerja yang berat-berat dan ambil masa yang terlalu lama. Tahu Kenapa? Takut iannya akan pengaruh masa kita belajar dan juga stamina kita. Contoh kerja part-time mcd, kfc, panggung wayang dan sebagainya. Lagi menarik kalau sambil kerja boleh study.

Kerja
Kerja yang elok memang susah dapat sekarang ini. Lagi-lagi dengan lambakan keluaran dari Institusi Pengajian seluruh Malaysia. Itu tak termasuk lagi dengan orang asing. Jadi bagi zul, kalau tak ada Diploma, kalau boleh abaikan dulu kerja, sebabnya Diploma sekarang dah macam sijil dah. Sijil dah macam SPM. Begitu juga seterusnya. Tapi jikalau anda dah kerja, jangan hanya harapkan pada tahap itu saja. Lebih elok dan lebih afdal ambil PJJ (Pengajian Jarak Jauh) untuk sambungkan pengajian kita. Secara tidak langsung, gaji puna akan naik serta sekali dengan pangkat. Yeay! Inshallah.

Conclusion
Bagi pendapat zul, lebih afdal ilmu lagi daripada kerja untuk semua golongan remaja. Sebabnya akan menambah pengalaman dan juga menambah ilmu. Iannya berguna jugak untuk waktu kerja kita. Percayalah. Bagi yang sudah belajar, jaga masa anda dan kesihatan jika ingin belajar sambil buat part-time. Kena bijak atur semuannya sebab iannya pengaruhi diri kita jugak kelak. Bagi yang sudah kerja, tahniah. Anda sudah ada hasil pendapatan sendiri, dah kalau boleh buatlah PJJ sebab iannya untuk masa hadapan anda dan juga ahli atau bakal ahli kerluarga anda nanti. Hehe.
Itu sahaja entry panjang lebar dari zul. Maaf anda ada terkasar bahasa atau tersilap bicara. Sesungguhnya semua atas ini hanyalah pandangan zul dari segi fikiran zul. Sory juga kalau entry ini tunggang langgang, sebab ianya ditulis terus keluar dari otak zul. Thankz Ya!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Comments
2 Comments

2 Comments:

yayahidayah said...

entri yang best!
penentu masa depan kita adalah spm...
result cemerlang, Alhamdulillah...
result sebaliknya, cuba cari jalan untuk teruskan belajar...
kerja boleh cari dimana-mana... InsyaAllah...
peluang belajar tu datang sekali je...
take care... <3

UltraZUL said...

Semestinya Belajar Itu Memang Besh. Serius!

Post a Comment