Friday 11 November 2011

Goodbye 11-11-11


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Jam telah menunjukkan 12.37PM bertarikh 12-11-11.
Alhamdullilah sudah cukup umur zul sekarang. Yeay! 22tahun. Thankz Allah kerana pinjamkan badan dan juga roh untuk zul gunapakai.

Tujuan zul tulis tentang posting ini, tak lain dan tak bukan lagi adalah nak ceritakan ada apa dengan 11-11-11 nie. Pada 11-11-89 telah lahirnya hamba allah yang hensem sihat dimuka bumi yang bertuah ini. Sekarang 11-11-11 bersamaan 22tahun zul hidup di dunia ini. Banyak yang berlaku pada tarikh itu. Hanya Allah sahaja yang tahu bertapa sukanya dan sedihnya yang zul lalui dalam masa 24jam ini.

Malas nak merapu meraban, zul singkatkan cerita. Mari kita lihat apa yang bestnya 11-11-11 dalam hidup zul.

1st time
Banyak yang berlaku kali pertama pada tahun ini. Yang tak dapat dilupakan adalah kali pertama ditabur tepung dan juga ditempek dengan telur semasa sedang hanyut bergayut dengan tercinta. Semuannya ni rancangan budak-budak rumah sewa zul. Owh! Tak apa, tunggu. Ada ubi ada batas, ada hari zul balas. *Just Kidding* Hehe!
Zul terharu sangat tak terkata-kata. Kepada kawan-kawanku. Terima kasih sangat-sangat.
Benda kedua yang berlaku kali pertama dalam hidup zul adalah, terimannya hadiah dari kawan-kawan sekelas zul. Zul terima seadannya, korang memang terbaik bagi zul!
Tak juga lupa tahun ini merupakan tahun pertama zul berenggang dengan mak&ayah. Pada Hari Raya Aidiladha dan juga birthday zul. Zul harap korang semuannya doa mak&ayah zul selamat menunaikan haji ya.

Celebrate
Malam celebrate dengan kawan-kawan budak rumah dengan balingan cantik telur dan juga sebaran cun tepung yang tepat melayang dekat zul. Malam tu jugak makan cucuq jemput yang dibuat oleh kawan. TQ!
Pagi 11-11-11 tak ada apa yang berlaku. Pada tengah hari ada ketukan pintu dengan laungan nama zul berkumandang. Rupanya budak kelas datang bagi hadiah untuk zul. TQ! 
Dalam boring-boring, call kawan ajak pergi makan di Domino Pizza. Burn duit zul. Haha! Sepatutnya kawan-kawan belanja, tapi ini terbalik. Tapi tak apa, zul gembira. Lepas makan, zul cadang kepada kawan-kawan pergi pawagam tengok cerita ALAMAK TOYOL!
Zul tak dapat nak tafsirkan sama ada best ataupun tidak, sebab zul tidur ja masa cerita ditayangkan. Haha!

Jamuan
Malam yang sejuk pada pukul 9.00PM setelah penat berkayuh daripada rumah sewa ke PSP sebanyak dua kali (Kali pertama patah balik ambil kad matrik) akhirnya sampai jugak ke kantin PSP. Alhamdullilah selamat sampai untuk menjamah selera sempena Jamuan Perpisahan PRS PSP untuk sesi Jun 2011. Dalam sedang makan, terkejut sebab nama dilaungkan dan juga menerima nyanyian lagu Allah Selamatkan Kamu dan Happy Birthday untuk zul daripada keluarga PRS. Kepada PRS, anda semua terrrrrrrrrbaiikkk!!

Suka
Semuanya yang berlaku pada tahun ini semuannya zul suka, alhamdullilah. Masih lagi dapat belajar di PSP. Owhya, pada 14-11-11 ini zul dah mula menduduki peperiksaan. Doakan zul dan rakan-rakan lain berjaya. Inshallah semua doa anda ada balasannya. Tak lupa juga terima kasih kepada rakan-rakan yang wish di Facebook zul dan juga secara live. Terutamannya keluarga PRS. Zul akan ingat sampai zul tua nanti. Hehe!

Tak Suka
Tak ada apa yang tak suka pada tahun ini, cuma ada beberapa bahagian yang kurang suka mungkin. Zul smpai sekarang gagal lagi untuk hilangkan sifat buruk yang ada dalam diri zul. Memang betul, memang susah hendak ubah seseorang. Tapi tak apa, zul tanam azam untuk buang yang keruh ambil yang jernih. Doakan ya.

Wishlist
Setiap tahun mesti semua orang ada senarai barang atau benda yang betul-betul kita mahukan, betul tak?
Bagi zul sebagai orang yang hensem simple, zul hanya ada sedikit wishlist yang ingin zul dapatkan juga pada tahun ini. Inshallah. Antaranya adalah :
  • Sepasang sugar glider. (Tupai terbang ok!) bukannya Sandy. Haha!
  • Telefon bimbit yang ada resolusi kamerannya tinggi. (Untuk tangkap gambar buat isi blog).
  • Berjaya tamatkan pembelajaran di PSP pada hujung tahun depan. Doakan ya.
  • Sepasang Dumbel.
  • Susuk tubuh yang menawan. (Six Pack). Haha!

Semua diatas adalah wishlist zul dalam masa terdekat ini, Ada penambahan akan zul editkan. Haha!
Kepada kawan-kawan, terima kasih, zul begitu bahagia disamping kamu semua. Thankz sudi baca artikel ini. Harap kita jumpa lagi dalam artikel yang akan datang. Adios! Assalamualaikum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Comments
0 Comments

0 Comments:

Post a Comment